Welcome to our blog

June 10, 2011

Penampilan baru...

Katanya, imejnya yang terbaru ni dilakukan atas kerelaan dan keikhlasan hati....alhamdulillah, semoga ianya kekal dan marilah kita semua berdoa agar kita semua sentiasa dalam petunjuk dan hidayahNya....aminnn....

Syukur Tuhan buka hati
Oleh Nor Hantina Mohd Nor

2011/06/10

  
  • Foto
  • Foto
Penghijrahan membuatkan kehidupan Irma Hasmie kini berasa semakin tenang

PENAMPILAN Irma Hasmie yang kini bertudung bukanlah menjadi cerita baru lagi. Dia tidak pula mencanang diri dengan perubahan yang dilakukan itu kerana setiap dilakukan adalah atas kerelaan dan keikhlasannya. 

Malahan dengan melihat perubahan pada penampilannya, sudah cukup untuk menceritakan mengenai sendirinya. Bagaimanapun, kemunculan dengan imej terbaru itu masih tidak dapat mengelakkan diri Irma daripada gosip apabila baru-baru ini dia pernah dikaitkan dengan Sharnaaz Ahmad.

Pengalaman dalam dunia seni menjadikan Irma tidak cepat melatah apabila menghadapi desas-desus seperti itu. Baginya, itulah lumrah dalam dunia hiburan."Jika betul ada, saya akan bagi tahu. Kalau kita layan khabar angin yang kita sendiri tidak tahu betul atau salah tapi kalau dilayan ia akan jadi fitnah pula," jelas Irma Hasmie, yang masih mengelak untuk menjawab apabila ditanya ura-ura mengenai dirinya yang dilihat bersama, Sharnaaz Ahmad, ketika keluar bersama-sama di sebuah pusat beli-belah di pinggir ibu kota.

Irma yang ayu bertudung dilihat lebih berhati-hati mengalun bicara dan setiap percakapannya kini dilihat lebih menjurus kepada dakwah dan bicara kerohanian.
Katanya, apa yang berada di kotak fikirannya kini hanyalah tumpuan pada kerjaya dan dia mengaku masih menyandang gelaran ‘single’ sehingga kini.

"Saya perempuan, takkanlah saya pula yang kena keluar mencari lelaki. Tidak manislah begitu. Kalaupun mahu mencari pasangan lebih baik menggunakan orang tengah supaya ia lebih sopan," katanya yang turut membintangi drama Alauddin dengan memegang peranan sebagai isteri kedua kepada Alauddin yang bukan berdarah raja.
Menurutnya lagi, dia memang tidak menolak takdir untuk hidup berpasangan tetapi buat masa ini, dirinya semakin tenang dan mahu terus kekal dengan perubahan yang dilakukannya kini.

"Saya mahu mencari akhirat pula. Kadangkala saya terfikir kenapa tidak sedar dari awal lagi? Kenapa ketika usia saya 29 tahun, baru saya berubah? Tapi saya tetap bersyukur kerana Tuhan buka hati saya," kata Irma yang mahu menjadikan bidang lakonan sebagai medium untuk berdakwah ke jalan yang Esa.

Tidak putus-putus mendapat sokongan daripada peminat sehingga dia dibekalkan pelbagai doa keberkatan daripada peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya.
Malahan, Irma tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan TV Al Hijrah kerana dunia penyiaran terbaru itu mempunyai garis panduan yang amat sesuai dengan dirinya.

"Saya senang bekerja di bawah TV Al Hijrah dan setakat ini tidak ada masalah bagi saya yang bertudung untuk berada di dalam bidang seni kerana apabila saya ditawarkan watak, semuanya bersesuaian dan mungkin mereka sudah tahu identiti saya kini

"Garis panduan TV Al Hijrah sendiri menetapkan pemakaian tudung dan mereka yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan," katanya ketika ditanya perubahan dirinya itu tidakkah mengganggu perjalanannya sebagai anak seni atau menyekat rezekinya sebagai artis.

Irma yang sentiasa memohon kepada Illahi supaya perubahan yang berlaku ke atas dirinya itu tidak hanya separuh jalan, turut melihat perubahan yang dilakukan itu lebih merapatkan dirinya dengan peminat.

"Ada juga peminat yang beri saya doa-doa yang boleh saya hafal untuk kesejahteraan hidup," katanya yang melihat perubahan diri sebagai sesuatu yang cukup positif untuk dilakukan.

Kerjaya seni tetap diteruskan

MENDAMBAKAN lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan paling utama mampu membimbingnya ke arah jalan yang benar, Irma membawa watak Tun Senaja yang cemburu kepada isteri pertama Alauddin dan sentiasa menggunakan waris lelaki yang dilahirkan olehnya sebagai cara untuk mengikat Alauddin supaya memberi perhatian kepadanya. 

"Watak saya dalam Alauddin tidak besar dan saya sendiri tidak rasa puas membawakan watak ini yang cukup istimewa.

"Tun Senaja ini bersifat cemburu sehingga melarang Raja Fatimah memegang anaknya dan dia sentiasa mempunyai niat tidak baik kepada Raja Fatimah," terang Irma ketika mengulas serba sedikit plot penceritaan drama bersiri ini.

Berbicara berkenaan perjalanan kariernya, Irma masih mendapat undangan pengacaraan dan kini menjalani penggambaran drama Kasih Aliya yang akan bertemu penonton pada Ramadan nanti.

Sempat berpesan, Irma mahu media mewar-warkan rancangan terbaru TV Al Hijrah yang akan menjalankan sesi uji bakat dalam masa terdekat iaitu program realiti bertajuk Solehah.

"Program ini adalah pencarian wanita idola muslimah yang cukup didikan agamanya dan boleh membimbing ke arah agama dan wanita di luar sana yang berminat menyertai program itu perlulah sentiasa menjadi teman setia untuk mendapat maklumat terkini berkenaan program.," katanya.

0 comments:

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.